Tuesday 12 November 2013

Dakwah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Baru-baru ini, aku telah mengambil keputusan untuk me'nyahaktifkan' twittah aku. Bukan untuk suka-suka atau atas dasar suruhan orang, tetapi itu semua datangnya dari hati. Datangnya dari kemahuan aku yang tiada campur tangan orang lain. 

Untuk beberapa hari ini, aku dalam dilema sama ada hendak me'nyahaktifkan' akaun ask.fm aku atau tidak. Dan apabila difikirkan kembali dan kata-kata dari sebahagian sahabat, mereka pinta dan menasihati aku agar meneruskan dakwah di medan sosial. Dan ya, aku terimanya memandangkan aku ada banyak urusan yang belum selesai dengan sebahagian pengguna ask.fm.

Jika tidak silap, beberapa hari yang lepas aku ada menerima satu soalan. Soalannya berbunyi, pendekatan 'Dakwah Biar Sentap' vs 'Dakwah Biar Mantap' mana satu yang lebih baik dan berkesan? Soalan ini telah diajukan oleh seorang yang tidak dikenali apabila ramai dai'e cyber menggunakan dua kaedah tersebut. 

Sebelum itu, biarlah aku jelaskan makna dakwah itu dengan terlebih dahulu. Dakwah itu bermaksud menyeru atau mengajak. Di sini, aku tidak mahu menghuraikan lebih dalam maksud dakwah tetapi yang jelas ianya lebih kepada mengajak. 

Baiklah, cuba kita ubah term 'Dakwah Biar Sentap' dan 'Dakwah Biar Mantap' itu kepada perkataan yang lain.

Dakwah Biar Sentap= Mengajak/Menyeru Biar Sentap.
Dakwah Biar Mantap= Mengajak/Menyeru Biar Mantap.

Baiklah, apabila dilihat semula ayat yang dipaparkan diatas, aku cuma mengubah perkataan 'Dakwah' kepada perkataan 'Mengajak/Menyeru' dan yang lainnya, masih sama. Apakah 'Dakwah' dan 'Mengajak/Menyeru' itu mempunyai perbezaan? Tiada perbezaan. Yang berbeza hanyalah, dakwah itu perkataan Arab manakala ajak/seru itu perkataan Melayu tetapi maksud sama.


(2.1) Dakwah/mengajak/menyeru Biar Sentap!

Apa yang aku hendak kaitkan dengan tajuk di atas ialah apakah perlu dalam sebuah dakwah atau ajakan itu diselitkan 'sentap'?

Apakah orang akan lebih tertarik dengan dakwah kita apabila diselitkan unsur sentap?
Jawapannya: 80% tidak dan 20% ya.

Inferens jawapan:
Ini kerana manusia ini fitrahnya lebih tertarik dengan sesuatu yang menarik, sesuatu yang sedap mata memandang dan sedap telinga mendengar. Kerana ini memang tabiat manusia. Semua manusia. Apakah kau akan tertarik melihat tempat yang kotor? Sudah pasti tidak. Apakah kau akan tertarik dengan sesuatu yang kasar? Sudah tentu tidak.

Hati manusia ini lain bentuknya. Ada yang lembut dan ada yang keras. Apabila kau berdakwah menggunakan kaedah sentap pada hati yang lembut, pasti akan ada hati yang terhiris kerana hati yang lembut ini sensitif. Ada yang akan menerima dan ada yang tidak kerana ramai orang lebih terarah kepada dakwah yang lembut tetapi bertegas. Dan jika kau gunakan kaedah dakwah ini pada hati yang keras, mungkin akan timbul permusuhan sedangkan matalamat dakwah adalah untuk mengajak mereka menuju kebaikan. Mungkin kesannya lambat jika menggunakan kaedah yang lebih lembut, tapi hidayah itu milik Allah. Kalau sentap macam mana pun, tapi tak berubah, tak berguna. Biar tutur kata kita lebih berhemah daripada sentap. 

Dan lagi satu, risiko dakwah biar sentap ini menjadikan seseorang itu menyimpan rasa benci terhadap kita. Kau berdakwah tapi tanpa kau sedar, kau melukakan hati yang mendengar kata-kata yang sentap itu. Pasti rasa tidak enak kan apabila sedar diri kita melukakan hati orang.

(2.2) Dakwah/menyeru/mengajak Biar Mantap!

Dakwah sebegini aku kurang menggemarinya atau dengan lebih tepat, tidak gemar. Bagi aku, dakwah itu biarlah sederhana namun kualitinya amat memberansangkan. Biarlah ilmu yang disampaikan sedikit asalkan mereka faham dan mengamalkannya. 

Selain itu, jika setakat menyeru orang bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan tetapi diri sendiri tidak melakukannya, itu namanya HIPOKRIT.

Pung pang sana pung pang sini tetapi MASA untuk mengamalkan semua itu tidak terlaksana, sia-sia sahaja.

Contohilah dakwah Rasulullah. Baginda berdakwah dalam masa yang sama mengamalkannya. Biarlah dakwah itu sederhana tetapi kita mengamalkan dakwah itu sendiri. You preach, you do! 

Jadi jawapan aku, berdakwa biarlah sederhana tetapi berkesan serta diamalkan. Itu lebih baik daripada dua kaedah tersebut.


P/s: Rasulullah berdakwah dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Tiada kata-kata sinis yang keluar dari bibir Rasulullah atau kata-kata sentap yang keluar. Tetapi kenapa kita tidak mengikut perlakuan Rasulullah? Bukankah kelembutan itu sesuatu yang Allah sukai? Tetapi kenapa masih mengikut kedah sentap tersebut? Tepuk dada tanya iman.

1 comment:

  1. tapi somebody saya tgk kat facebook or wechat gemar sgt menyindir org yg belum berubah, ada yg tulis bomoh 1malaysia memalukan islam? abis yang mung pakai seksi, xtutup aurat xmalukan islam? walaupun sy laki tp tgk cara dy mcm xkan jalan, xsalah dy nk berdakwah tapi dy nk menyentapkan org yang belum berubah padahal dia sendiri baru belajar pakai tudung labuh, lagi 1 ustazah facebook nie post gambar pastu caption aq hanya manusia biasa, aq hanyalah pendosa tanpa noktah, bukanla dengki tapi menyampah pun ada, ustazah yang belajar kat tanah arab pun xdela sampai nk buat mcmtu kan? just my opinion.

    ReplyDelete