Thursday 22 August 2013

Anak Haram







" Anak haram! Kau pergilah dari kampung ni. Bawa si*l je dekat kampung ni!"

"Kau tak payah nak tunjuk baiklah dekat sini Rafiq! Kau tu anak haram! Sedar sikit diri kau tu! Kotor tu tak akan tertanggal dekat badan kau tu. Kau pergi mana-mana pun orang tak suka dengan kau, benci kau! Anak haram macam kau memang suka bawa bala je lah!"

"Anak haram! Dah haram jangan nak berlagak suci pula!"

*****
Bushh!

Batu sebesar penumbuk dibaling ke dalam air terjun, seolah-olah cuba membuang sekali 'sial' yang terpalit pada tubuhnya. Ya, tubuh dia ni terpalit dengan 'sial' yang orang kampung sibuk perkatakan.

" Anak haram! Anak haram! Anak haram!"

Rafiq menekup kedua belah telinganya.

Cuba menghalau ejekan anak-anak kecil yang mengejeknya.

Air mata yang cuba ditahan, tak mampu dibendung. Ia mengalir perlahan melahirkan rasa duka yang tidak dipendam dalam hati.

Anak haram! Semua gelaran tu bukan dia yang pinta! Dia tidak pernah menginginkan gelaran itu semua sejak 20 tahun hidup di muka bumi ini. Dia cuma inginkan diri menjadi anak kepada umi dan abinya. Abinya tidak pernah mengungkit tentang status dirinya malah menyayangi dirinya sama seperti adik beradik yang lain walaupun abinya tahu dia terhasil melalui benih lelaki lain.

" Aku tak pernah pinta untuk jadi macam ni, Allah. Tapi kenapa perkara ini yang Kau duga dekat aku? Tidak cukupkah amal ibadat aku dekat Kau selama ni? " Dia berbisik perlahan. Nafas ditarik. Hembus. Air mata dikesat.

" Raf.."

Dia menoleh. Bangun apabila menyedari sahabatnya berdiri di belakangnya... mungkin ini kali terakhir mereka bergelar sahabat.

" Kau datang sini cari aku ke? Untuk apa?" tanya Rafiq, tanpa pandang wajah sahabatnya.

" Aku memang cari kau. Family kau risaukan kau sebab tak pulang-pulang dari warung."

" Dahlah,  kau tak payah nak berdolak dalih dengan aku lah, Ijat. Kau datang sini nak putuskan...

Diam. Tak sanggup untuk meneruskan ayat yang tergendala. Kerana pedihnya hanya dia yang rasa.

" Putuskan apa, Raf? Putuskan persahabatan kita? Gitu yang kau fikir?"

" Dahlah Ijat. Kau tak payah berdolak dalih dengan aku. Kau baliklah Ijat... Kau orang baik.. aku ni.. aku ni cuma anak haram je." Dia ketap bibir mengenang nasib diri. Anak haram! Memang gelaran itu yang akan dia sandang sampai bila-bila.  

" Astaghfirullahalazim, Raf. Wallah Raf aku tak pernah terlintas nak putuskan persahabatan kita, Raf. Kau sahabat aku dunia akhirat."

" Tapi aku anak haram! Kau tahu tak apa tu anak haram?! Anak haram tu kotor, anak yang lahir hasil pernikahan je yang suci. Betul kan?! Bukan itu ke mentaliti masyarakat kita? Orang macam aku ni hanya layak dihukum. Orang yang lahir berbapa sahaja suci! Suci! Tu saja yang semua orang fikir!" Jerit Rafiq melepaskan rasa amarah yang cuba membendung rasa sebak mendengar kata-kata sahabatnya.

" Itu fikiran masyarakat, Raf. Tapi bagi seorang sahabat yang sentiasa ingin menjadi teman susah dan senang kepada sahabatnya, itu bukan apa yang aku fikir. Fitrahnya, anak yang lahir dari rahim seorang ibu ialah suci, Raf. Status anak luar nikah tidak pernah mengotorkan kesucian seorang anak itu, Raf! Tak pernah! Melainkan apabila seorang anak telah besar dan akil baligh, maka dosa yang ada itu yang mengotorkan dirinya, Raf. Aku pendosa, Raf. Aku kotor. Semua orang. Bukan kau seorang." Bahu Rafiq disentuh dan diusap lembut. Sedih dan pedih hatinya melihat diri sahabatnya itu. Hilang sudah ketenangan yang mencorak wajah bersih itu.

Dia terduduk di atas tanah. Melepaskan tangisan yang menghimpit segenap ruang dadanya. Wajahnya disembam ke lutut dengan tangisan yang jelas kedengaran di telinga Ijat.

" Kau cakaplah macam mana pun Ijat. Masyarakat tetap pandang hina dekat orang macam kami, orang yang lahir tidak berbapa."

" Raf, masyarakat Tuhan ke?" Dia duduk di sisi Rafiq.

Diam. Tiada jawapan.

" Raf, aku tanya ni, mereka tu Tuhan ke?"

" Tak." Serak.

" Dah tu, apa yang kau pentingkan dengan pandangan masyarakat sedangkan kita semua sama sahaja? Kau meletakkan masyakarakat sebagai orang yang layak menghukum kau. Dan itu silap. Sama sekali. Tiada manusia yang layak menghukum seseorang itu kerana hukuman atau penilaian yang diberikan bagaikan langit dengan bumi dengan hukuman atau penilaian Allah. Kau lupa hal yang satu itu. Kau lupa..."

" Tetapi kenapa aku yang dipilih? Sedangkan banyak lagi manusia yang mampu tanggung dugaan ni semua?" Wajah Ijat dipandang dengan mata yang merah.

" Kau fikir kau tak mampu ke?" 

Rafiq geleng, mengiyakan kata-kata Ijat.

Ijat tersenyum. Bahu kawannya dipaut erat.
 
" Kau masih ingat apa yang Ustaz kata? Ustaz kata tiada dugaan di muka bumi ini yang tidak mampu diharungi oleh hamba-Nya. It means kau boleh harungi dugaan ini.. Tapi dengan berbekalkan iman."

" Tapi ada juga mereka yang tidak dapat mengharungi semua tu. Macam mana tu?"

" Itu tandanya iman mereka tipis. Senipis-nipisnya. Kau tahukan apa tujuan ujian yang Allah berikan?

" Untuk menguji tahap keimanan?"

" Yeah that's it. Mereka yang berputus asa dalam menempuh ujian yang diberi adalah mereka yang gagal. Gagal dari segi iman. Lantas mereka persoalkan kepada Allah kenapa mereka diuji dengan sedemikian rupa, sedangkan mereka lupa bahawa ujian itu merupakan kayu pengukur bagi iman mereka dan mereka sebenarnya mampu menghadapi semua itu tetapi mereka yang tidak yakin dan terus-terusan menyalahi takdir dengan mempersoalkan semuanya."

Rafiq diam. Terpukul dengan kata-kata Ijat.

" Dan ujian yang diberikan adalah tandanya Allah sayangkan kita. Dia beri ujian agar kita dekat dengan Dia. Tapi ada yang makin menjauh kerana tidak yakin dan tidak faham erti hidup. Mereka jahil, jahil tentang kehidupan yang sebenar."

Diam. Langit petang dipandang redup.

" Allah sayangkan aku," kata Rafiq.

" Allah Maha Pengasih, Raf."

" Terima kasih, Ijat. Terima kasih banyak-banyak. Kaulah sahabat aku. Sahabat yang setia ada di sisi aku ketika aku susah dan sahabat yang gembira bila lihat aku senang. Dekat mana lagi aku nak cari sahabat macam kau Ijat..walaupun kau tahu.. aku.. aku ni anak haram."

Ijat tersenyum kecil. Dia tidak pernah pandang walau sedikitpun
asal usul sahabatnya itu. Dia bersahabat kerana hati sahabatnya itu.

" Rafiq, tiada manusia yang dihukumkan haram dekat dunia ni hatta orang kafir sekali pun."

" Kalau kau haram, aku tak sentuh kau, tahu tak." Seloroh Ijat dengan pautan yang makin erat di bahu Rafiq.

Rafiq tersenyum kecil.

" Tapi.. kau tak kisah ke masih terus bersahabat dengan aku?"

" Tak, sebab aku nak masuk syurga sama-sama dengan kau. Sama berbahagia di dalam syurga. Sungguh, aku sayang atas nama Allah, Rafiq."  

Lapang dada Rafiq mendengarnya.

" Kalau mereka hina kau sebab aku?" tanya Rafiq.

 "  Alhamdulillah, dapat pahala lebihlah aku kalau macam tu." Rafiq tersenyum.           

" Uhibbuka fillah." Ijat tersenyum mendengar kata-kata itu.